Monday 11 July 2011

you merajuk..pergi jauh2~~...

org kata.. bukan syaa kataa rr.. shaaring is caring.. jom share ni...

  • 3 TIPS MEMUJUK LELAKI YANG MERAJUK
     
    1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

    Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
     
    *p/s: actly.. prmpn thu sal ni..tp susah untuk kami buat.. sbb mmg seten prmpn sifat ingin tahu tu tinggi mcm gunung everest.....selagi x dapat jwpn salgi tu kami x senang duduk.. berdiri pun kdg2 x baper nak senang jugk..

    2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

    Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
     
     
     
    *p/s : ok.. cm tu ek laki ni??

    3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

    Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

No comments:

Post a Comment